Bagi siapa yang selalu berselancar diinternet menggunakan komputer sendiri, bookmark adalah perkara yang tidak asing lagi. Penting untuk 'simpan' website yang kebiasaannya kita selalu kunjungi.
Jadi untuk kali ini aku ingin tunjukkan cara bagaimana untuk backup bookmark.
Kenapa pentingnya backup bookmark ini.?
- Mungkin anda akan format pc anda: Anda ada puluhan bahkan ratusan website yang ada dibookmark, tidak mungkin mengcopy satu persatu urlnya.
- Mungkin anda terpaksa format pc tanpa boleh start windows anda.
- Anda ingin membawa bookmark anda kemana².( Save dalam pendrive dan buka di cyber cafe atau pc rekan anda:)
Berikut adalah cara²nya yang sungguh mudah.:)
1. Buka browser anda (contoh adalah firefox)
2. Pada paparan firefox anda, pilih bookmark > organize bookmarks
3. Pada halaman yang muncul, pilih Export HTML, kemudian save ditempat yang anda kehendaki. (pilih Export HTML kerana memudahkan untuk import kepada browser lain juga)
4. Selesai cara untuk backup bookmark.
5. Jika anda ingin masukkan bookmark (mungkin selesai format, ikuti langkah 3, tetapi pilih import)
TAMBAHAN
Anda juga boleh transfer bookmark kepada browser lain. Contoh jika selama ini anda guna firefox dan ada banyak bookmark, jika anda mau bookmark di google chrome(yang mungkin anda baru install), gunakan cara yang sama seperti dalam langkah 3, tetapi pilih import.